Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Hujan 10 kali lebih hebat punca banjir besar Pakistan: ESA

    PARIS, 1 SEPT – Hujan 10 kali lebih lebat daripada biasa telah menyebabkan banjir besar di Pakistan, kata Agensi Angkasa Eropah (ESA) hari ini, ketika ia mengeluarkan imej satelit sebuah tasik luas yang disebabkan oleh sungai Indus yang melimpah.

    Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan hujan tersebut sebagai ‘monsun pada steroid’ telah meragut ratusan jiwa sejak Jun lalu, sekali gus mengakibatkan berlakunya banjir besar yang telah menghanyutkan sebahagian besar tanaman penting. Sementara itu, lebih sejuta buah rumah dilaporkan rosak atau musnah.

    Data daripada satelit Copernicus Kesatuan Eropah (EU) telah digunakan untuk memetakan skala banjir dari angkasa untuk membantu usaha menyelamat, kata ESA dalam satu kenyataan. “Hujan monsun 10 kali lebih lebat daripada biasa sejak pertengahan Jun telah menyebabkan lebih satu pertiga negara itu kini berada di bawah air,” katanya.

    Agensi tersebut mengeluarkan imej dari satelit yang menunjukkan kawasan di mana Sungai Indus telah melimpah mewujudkan tasik panjang, lebar berpuluh-puluh kilometer antara bandar Dera Murad Jamali dan Larkana.

    Pegawai setempat berkata lebih 33 juta orang terjejas iaitu satu daripada setiap tujuh rakyat Pakistan. Kerja pembinaan semula akan menelan belanja lebih daripada AS$10 bilion. Guterres menganggap banjir itu sebagai kemusnahan iklim dan melancarkan rayuan untuk peruntukkan kecemasan berjumlah AS$160 juta. – AP

    Penduduk setempat mengapungkan barang-barang yang diselamatkan dari rumah yang dilanda banjir di pinggir Peshawar, Pakistan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...