Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Hujan bakal ganti turunan salji di Artik

-

PARIS, 1 DIS – Turunan hujan mungkin mula mengganti turunan salji di Artik beberapa dekad lebih awal daripada yang diramalkan sebelumnya, menurut satu kajian semalam, mengingatkan perubahan yang berpunca daripada pemanasan global mungkin memberi kesan di luar rantau.

Kawasan Artik memanas lebih cepat daripada seluruh planet, mencairkan ais laut dan menambah kelembapan kepada udara sekali gus mungkin menambah kerpasan.

Berbanding dengan ramalan terbaharu dengan model iklim sebelumnya, kajian yang disiarkan dalam jurnal saintifik Nature Communications meramalkan peralihan daripada kerpasan tahunan yang dipengaruhi turunan salji kepada yang dipengaruhi hujan akan berlaku ‘satu atau dua dekad lebih awal.’

“Perubahan akan menjadi lebih teruk dan berlaku jauh lebih awal daripada diramalkan dan dengan itu memberikan implikasi besar kepada kehidupan di dalam dan luar Artik,” beritahu penulis kajian Michelle McCrystall kepada AFP.

“Pada musim luruh, misalnya, apabila perubahan terbesar berlaku, kawasan tengah Artik mungkin beralih kepada 2070 dalam set model terbaharu berbanding dengan 2090 dalam set sebelumnya,” tambah McCrystall, penyelidik di Universiti Manitoba di Kanada.

Namun segala-galanya bergantung pada takat pemanasan global.

Pada kadar pemanasan sekarang, hujan mungkin mendominasi salji di Artik sebelum akhir abad, menurut kajian. – AFP

Gambar diambil dari udara menunjukkan istana Haut-Koenigsbourg di Orschwiller, timur Perancis selepas turunan salji pertama di kemuncak Vosges pada 29 November.Hujan mungkin mula mengganti turunan salji di Artik beberapa dekad lebih awal daripada yang diramalkan sebelumnya. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -