Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hujan batu ragut nyawa anak damit Sepanyol

    MADRID, 31 OGOS – Anak damit perempuan berusia 20 bulan maut selepas ditimpa hujan batu besar semasa ribut kuat di bandar La Bisbal d’Empordà di timur laut Sepanyol, kata pegawai setempat hari ini.

    Datuk Bandar Carme Vall memberitahu Televisyen Kebangsaan Sepanyol, anak damit itu bersama ibu bapanya apabila dia terkena hujan batu sebesar bola ais kelmarin. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Josep Trueta di bandar berdekatan Girona tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya, kata hospital itu dalam satu kenyataan.

    “Hujan batu itu hanya turun selama 10 minit, tetapi ia adalah 10 minit penuh ketakutan,” katanya. Dalam pada itu, lebih 20 orang dirawat akibat cedera selepas ribut itu. Datuk Bandar berkata banyak kereta dan bangunan rosak akibat insiden hujan batu. Beliau menambah, sebahagian daripada hujan batu berukuran sehingga 11 sentimeter diameter.

    Lebih banyak ribut dijangka berlaku di wilayah itu pada hari ini yang diramalkan di timur Sepanyol berikutan gelombang panas teruk semasa musim panas di Laut Mediterranean.

    Tingkap kaca berwarna di gereja bandar itu turut rosak oleh kesan hujan batu menurut gambar yang dikeluarkan oleh dewan bandaran. – AP/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...