Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Hujan berterusan: APM Sabah siap siaga

    SANDAKAN, 9 MAC – Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bersiap sedia sejak semalam bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan ramalan hujan berterusan sehingga esok terutama di daerah Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.

    Pegawai APM Sandakan Kapten Abdullah Sabaruddin berkata pihaknya bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan jabatan serta agensi penyelamat lain telah mula melaksanakan pemantauan di beberapa kawasan yang dikenal pasti berpotensi berlaku banjir.

    “Kawasan dalam pemantauan kami yang dikenal pasti berpotensi mengalami kenaikan paras air mendadak ialah Mamanjang iaitu kawasan antara daerah Sandakan dan Beluran, serta Gum-Gum di Sandakan.

    “Kami turut memantau penempatan berhampiran dengan sumber air seperti sungai dan laut kerana selain ancaman banjir, kami juga bimbang dengan ancaman ribut semasa hujan berterusan “ katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 12.30 tengah hari tadi memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk diramal sehingga esok (10 Mac) di Sabah, melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...