Hujan berterusan penyebab air naik di Tuaran

KOTA KINABALU, 19 OKT – Hujan yang turun sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kampung di Tuaran dinaiki air namun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan antara kampung yang terlibat ialah Kampung Bunga, Kampung Suang Bangau, Kampung Napitas, Kampung Rani, Kampung Linsuk, Kampung Minajur Surombotun dan Pekan Tenghilan.

“Jalan Kampung Suang Bangau pula tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan dan skuad yang bertugas akan mendapatkan bantuan melalui pemimpin di setiap kampung,” menurut kenyataan itu. – Bernama