Hujan lebat, banjir bantu redakan kebakaran

CANBERRA, AUSTRALIA, 7 FEB – Hujan lebat yang melanda sebahagian daripada timur pesisir Australia yang dibelenggu kebakaran hutan dan kemarau hari ini membawakan banjir ke Sydney dan melegakan anggota bomba yang masih menangani kebakaran di New South Wales.

New South Wales merupakan negeri paling teruk terjejas dalam kebakaran hutan yang membunuh sekurang-kurangnya 33 orang dan memusnahkan lebih daripada 3,000 kediaman dalam musim kebakaran yang tidak dijangkakan bermula lewat 2019, mencatatkan rekod terkering tahun tersebut. – AFP