Hujan lebat banjiri England

LONDON, 8 NOV – Hujan lebat telah membanjiri sebahagian kawasan utara dan tengah England, memaksa beberapa penduduk berpindah dari rumah mereka dan sekumpulan orang terkandas di pusat membeli-belah semalaman.

Banjir melanda bandar Sheffield, di mana Sungai Don melimpah selepas hujan 3.4 inci turun semalam.

Agensi Alam Sekitar berkata hujan tertinggi telah dicatat di Swineshaw, di Daerah Peak – 4.4 inci dalam tempoh yang sama.

Ahli kaji cuaca Pejabat Meteorologi Alex Burkill berkata ‘sesetengah tempat telah melihat hujan bersamaan sebulan turun dalam satu hari.’

Pada hari ini, agensi berkata 117 amaran banjir telah dikeluarkan, serta lima amaran ‘mengancam nyawa’ berhampiran Sungai Don di Doncaster.

Kira-kira 30 orang berusaha mendapatkan perlindungan di pusat membeli-belah Meadowhall di Sheffield semalaman selepas keadaan cuaca menyebabkan pembeli-belah terkandas yang datang untuk melihat lampu Krismas dipasang. – AP

Anggota bomba dan menyelamat meredah air banjir di jalan raya Rotherdam, utara England pada 8 November, selepas banjir kilat semalam. – AFP