Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini sehingga 13 Januari depan.

    Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara dalam tempoh tersebut.

    “Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut. Berikutan daripada luruan monsun kuat ini juga, perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.

    “Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut. Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya.

    Beliau berkata MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda