Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Hujan lebat cetus banjir di Itali

    CESENA, ITALI, 17 MEI – Banjir akibat hujan lebat di wilayah Emilia Romagna, utara Itali telah membunuh dua orang, kata pihak berkuasa hari ini , ketika datuk bandar tempatan memberi amaran kepada penduduk mereka masih berdepan risiko.

    “Pada masa ini terdapat dua orang yang maut… kecemasan masih berkuatkuasa,” kata wilayah itu dalam satu kenyataan, selepas usaha terdesak semalaman untuk menyelamatkan kanak-kanak dan orang tua daripada paras air yang meningkat.

    Mangsa adalah seorang lelaki di Forli, dekat Bologna, dan seorang di Cesena, yang isterinya juga hilang.

    Mangsa ketiga ditemui hari ini di pantai di Cesenatico, menurut laporan media.
    Agensi perlindungan awam berkata 14 sungai telah pecah tebingnya di seluruh wilayah antara Selasa dan Rabu, dan 23 bandar dibanjiri.

    Ia menggesa ‘langkah berjaga-jaga maksimum’ di Twitter, ketika datuk bandar mengingatkan orang ramai agar kekal di tempat yang tinggi.

    “Kira-kira 5,000 orang telah dipindahkan, tetapi jumlah itu mungkin meningkat,” kata Menteri Perlindungan Awam, Nello Musumeci kepada Radio 24.

    Gambar menunjukkan jalan-jalan berubah menjadi sungai, dan anggota bomba memindahkan orang ramai ke tempat yang selamat dengan perahu getah.

    Penduduk “tidak boleh dalam sebarang keadaan pergi ke tingkat bawah tanah atau bilik bawah tanah, dan jauhi tingkat bawah jika boleh”, katanya. – AFP

    Gambar serahan anggota bomba Itali dirakamkan dari udara, menunjukkan rumah dibanjiri di Cesena, utara rantau Emilia Romagna kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -