Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat landa Okinawa

    TOKYO, 10 NOV – Agensi cuaca Jepun hari ini menggesa penduduk Okinawa untuk berwaspada terhadap kemungkinan tanah runtuh dan bencana lain susulan hujan lebat yang melanda wilayah selatan negara itu, lapor Xinhua.

    Data Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menunjukkan bahawa sekitar 110 milimeter (mm) hujan diramal turun dalam tempoh satu jam hingga 8:30 pagi waktu tempatan di beberapa kawasan di Okinawa, termasuk kawasan berhampiran bahagian barat dan timur Bandar Nago.

    Hujan lebat berserta kilat berkemungkinan berlaku di Wilayah Okinawa hingga petang hari ini, manakala wilayah Amami juga dijangka dilanda hujan lebat, menurut JMA.

    Pegawai cuaca menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap risiko tanah runtuh, banjir di kawasan rendah dan air sungai yang melimpah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda