GUANGZHOU, 7 Mei – Beberapa kawasan di bahagian utara Guangzhou, ibu negeri selatan China Wilayah Guangdong telah dilanda banjir selepas hujan ribut melanda kawasan itu pada pagi Ahad.
Hujan ribut itu melanda utara Guangzhou awal pagi Ahad, menyebabkan tanah runtuh di kawasan pergunungan serta membanjiri beberapa buah bandar, kata biro meteorologi wilayah Guangdong.
Hujan di daerah Huadu, Huangpu dan Zengcheng Guangzhou mencecah 250 milimeter. Turut dilaporkan beberapa orang telah terperangkap di sekurang-kurangnya tujuh buah kampung.
Lebih daripada 200 pegawai polis bersenjata dan anggota penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian. – Xinhua