Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Hujan lebat ragut enam jiwa

    BEIJING, 15 JUN – Hujan lebat di China telah meragut enam jiwa minggu ini dan 20,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan.

    Lima orang maut di tenggara China, menurut laporan media negara iaitu ketika sebuah rumah runtuh telah mengorbankan tiga jiwa di wilayah Fujian kelmarin, dan dua lagi terkorban pada Isnin dalam kejadian tanah susur yang diakibatkan oleh hujan lebat di kawasan kejiranan wilayah Jiangxi.

    Seorang meninggal dunia dan tiga lagi hilang di utara China selepas sebuah kenderaan terjatuh ke dalam air di kawasan pergunungan yang mengalami banjir akibat hujan lebat di wilayah pedalaman Mongolia. China sering mengalami hujan bermusim dan banjir semasa musim panas, kebiasaannya berlaku di bahagian tengah dan selatan negara itu.

    Video di stesen penyiar negara, CCTV, menunjukkan sebahagian besar bandar-bandar dibanjiri oleh air berlumpur. Anggota penyelamat menyelamatkan orang ramai yang terperangkap keluar daripada bangunan di wilayah Guangdong, yang terletak di bahagian tenggara.

    Hujan di Jiangxi berhenti hari ini, tetapi lebih banyak hujan diramal turun pada minggu hadapan di Fujian, Jiangxi dan Guangdong serta wilayah berhampiran Guangxi. Pusat Metrologi Kebangsaan berkata penduduk perlu bersedia untuk berdepan kejadian banjir dan tanah susur.

    Lebih 110,000 orang penduduk telah dipindahkan di wilayah Jiangxi, serta lebih 80,000 di Fujian, menurut laporan media.

    Seramai 17 orang terkorban minggu lalu dalam bencana berkaitan hujan di Guangxi dan di wilayah Hunan di bahagian tengah China.– AP

    Gambar yang diterbitkan oleh agensi berita Xinhua menunjukkan limpahan air keluar dari Stesen Hidrokuasa Shuikou di wilayah Fujian. Hujan lebat di China meragut enam jiwa dan 20,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...