Hujan luar biasa tempoh dua dekad

BUSAN, 10 JULAI – Busan menerima curahan hujan luar biasa hari ini, dengan lebih 200 milimeter (mm) hujan direkodkan di tenggara bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu, dalam masa sehari.

Agensi berita Yonhap melaporkan, memetik pejabat Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), curahan hujan berjumlah 203.7 mm hujan turun pada tengah hari di bandar pelabuhan di Jung Ward.

Ia curahan hujan keenam terbanyak pernah direkodkan dalam tempoh dua dekad.

Turut menerima curahan hujan yang banyak dalam sehari ialah bandar Yeongdo, Pelabuhan Utara, Nam Ward dan Haeundae. – Bernama