Hujan semalaman, LPGA ditangguhkan

LOS ANGELES, 19 SEPT – Pemain nombor dua dunia, Ko Jin-young terpaksa menunggu untuk mendahului di LPGA Portland Classic, di mana hujan lebat semalaman memaksa perlawanan dibatalkan kelmarin.

LPGA mengatakan dalam satu kenyataan bahawa keadaan padang golf yang basah pada waktu pagi, setelah Kelab Golf Oregon dilanda hujan lebat semalam, ditambah dengan ramalan cuaca untuk hujan akan berlanjutan, mendorong para pegawai menangguhkan jadual perlawanan itu.

“Pegawai kejohanan akan terus memantau keadaan hujan dan menilai lapangan golf dengan harapan dapat memulakan pusingan ketiga pada Ahad ini,” kata jelajah itu dalam satu kenyataan.

Pegawai memutuskan pada Sabtu malam untuk memendekkan kejohanan kepada acara 54 lubang.

Donna Mummert, pengurus kanan peraturan dan persaingan LPGA, mengatakan kepada Golf Channel bahawa ketika para pegawai menilai keadaan padang golf pada waktu pagi mereka menemui takungan air serta beberapa kawasan dan jalan raya di tenggelami air.

Aksi Ko Ko Jin-young dari Republik Korea semasa memukul bola pada lubang kelapan pada pusingan kedua di kejohanan LPGA Portland Classic di Kelab Golf Oregon pada 17 September lalu. – AFP

Dengan hujan yang masih turun pada waktu petang, katanya, tidak ada waktu untuk padang golf itu kering kembali dan membolehkan kakitangan kawasan membuat pembaikan.

“Kami memerlukan lebih banyak masa pengeringan dan kami tidak akan mendapatkannya hari ini. Kami tidak mempunyai syarat permainan yang kami perlukan untuk mengadakan pusingan pertandingan hari ini,” katanya.

Ko dari Korea Selatan melonjak sebagai pendahulu pada Jumaat lalu dengan par di bawah 67 yang memberikannya mendahului satu pukulan melalui 36 lubang.

Ko, yang bermain dalam kejohanan pertamanya sejak gagal memenangi pingat di Olimpik Tokyo, membuat enam birdie Jumaat lepas dengan hanya satu bogey.

Pemain Scotland, Gemma Dryburgh, ketinggalan satu pukulan di belakang Ko.

Pendahulu bersama pusingan pertama, Carlota Ciganda dari Sepanyol berada di tangga ketiga. – AFP