Hujan serbuk coklat di Switzerland

BERLIN, 20 OGOS – Penduduk di bandar Swiss berasa terkejut apabila melihat hujan serbuk koko selepas sistem pengudaraan di sebuah kilang coklat mengalami kerosakan.

Syarikat Lindt & Spruengli mengesahkan laporan tempatan pada Selasa berkata timbulnya kerosakan kecil dalam sistem penyejuk pada saluran pemanggang koko di kilangnya di Olten, di antara Zurich dan Basel, menyebabkan serbuk terlepas keluar.

Angin kencang di kawasan itu membawa serbuk coklat dari kilang ke kawasan perumahan berhampiran.

Kilang terbabit bertungkus-lumus menyelesaikan masalah pengudaraan dan menegaskan serbuk itu tidak membahayakan manusia ataupun alam sekitar. – AP