Hujan terburuk dalam masa 30 tahun

BANGKOK, 9 Jan – Hujan lebat yang tidak pernah berlaku sejak 30 tahun lalu telah mengakibatkan banjir melanda selatan Thailand, kata ketua junta kerajaan itu hari ini, ketika tentera meningkatkan usaha untuk mencapai ke kawasan yang telah dibanjiri itu.

Kira-kira 21 orang telah terkorban dan hampir satu juta orang terjejas oleh banjir selepas hujan turun berhari-hari di seluruh kawasan selatan negara, kata pegawai bantuan bencana.

Hujan lebat dan banjir kilat juga telah menjejaskan percutian di pulau pelancongan termasuk Samui dan Phangan, mengecewakan berpuluh ribu pelawat yang mencari musim berjemur kemuncak di Thailand.

Meskipun berakhirnya musim monsun dua minggu lalu, tidak adanya tanda-tanda kelegaan untuk rantau yang dilanda banjir itu.

“Banjir teruk itu adalah disebabkan turunan hujan yang paling teruk dalam masa lebih 30 tahun,” kata Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha kepada wartawan.

Penduduk dari kampung Bake, selatan Thailand, telah terjejas teruk oleh banjir yang dicetuskan oleh hujan selama beberapa hari, berdiri berdekatan sumbangan makanan yang diberikan kepada mereka oleh ketua komuniti serantau di wilayah Narathiwat pada 9 Januari. – AFP
Penduduk dari kampung Bake, selatan Thailand, telah terjejas teruk oleh banjir yang dicetuskan oleh hujan selama beberapa hari, berdiri berdekatan sumbangan makanan yang diberikan kepada mereka oleh ketua komuniti serantau di wilayah Narathiwat pada 9 Januari. – AFP

Prayut, yang mengetuai rampasan kuasa 2014, memberi amaran perubahan iklim bermaksud banjir dan kemarau sepertinya telah meningkat dan ‘Thailand perlu bersedia untuk mengendalikan masalah ini’.

Askar-askar telah dikerahkan untuk menyediakan pakej bantuan dan menyelamat kepada mangsa yang terkandas di kawasan yang dilanda teruk.

Sementara itu, bot-bot dengan peralatan mengepam khas telah dihantar ke wilayah Nakhon Si Thammarat, yang telah menyaksikan banjir mencecah bumbung di beberapa kawasan, mengakibatkan kematian dan kerosakan teruk kepada harta benda. Gambar televisyen menunjukkan penduduk kampung mengharungi air berlumpur di perkampungan terpencil yang dibanjiri.

Di kawasan di mana air telah surut, penduduk tempatan membersihkan lumpur dari rumah mereka dan meninjau jalan raya, jambatan dan tanah ladang yang rosak. – AFP