Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Hukuman Bailly melampau – Mourinho

WASHINGTON, 26 Julai – Pengurus Manchester United Jose Mourinho mengakui dia terkejut dengan hukuman tiga penggantungan yang diputuskan UEFA ke atas pertahanan Eric Bailly (gambar), Isnin lalu.

Pemain Ivory Coast itu dibuang padang kerana melakukan kekasaran pada aksi kedua separuh akhir Liga Europa ketika United menentang Celta Vigo di Old Trafford pada Mei, yang berakhir dengan keputusan 1-1.

Penggantungannya bermula ketika aksi menewaskan Ajax 2-0 di final tetapi kini masih berbaki dua penggantungan perlawanan termasuk aksi Piala Super Eropah pada 8 Ogos ini menentang juara Liga Juara-Juara, Real Madrid di Skopje, Macedonia.

“Dia dilayangkan kad merah pada separuh akhir. Saya fikir hukuman tidak bermain pada final sudah mencukupi dan saya katakan yang dia tak berhak untuk hukuman seperti itu awal musim depan ketika pasukan bersiap sedia untuk bermain di Piala Super,” kata Mourinho.

“Namun kini dia adalah pemain penting yang tidak boleh bermain di Piala Super dan perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Hukuman tidak dibenarkan bermain di final Liga Europa dan Piala Super adalah sangat, sangat keras.”

Mourinho bercakap kepada wartawan di Washington, venue di mana United dijadual bertemu Barcelona dalam aksi persahabatan, Piala Juara-Juara Antarabangsa, awal pagi esok.

Pengendali dari Portugal yang baru menandatangani Victor Lindelof dan Romelu Lukaku itu berkata, dia mungkin bersedia untuk menambah seorang lagi pemain tengah dan sayap.

Namun, dia enggan menamakan sasaran pemain diperlukan, selain mengakui mungkin dia hanya mampu mengikat seorang lagi pemain tambahan.

“Ed Woodward menyelia tugasan ini. Dia mendapatkan Lindelof dan Lukaku. Dia tahu saya mungkin perlukan dua lagi pemain tetapi dia juga sedar yang saya mempunyai had,”kata Mourinho “Saya memahami situasi ini, memahami mengenai perpindahan pemain dan jika kelab tidak mampu mendapatkan tambahan dua pemain dan hanya satu saja dibenarkan, saya akan menganggapnya sebagai kesan terhadap pasaran ketika ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -