Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman berat isu perkauman

    LONDON, 6 Mei – Negara atau kelab perlu dikenakan hukuman denda jutaan pound, tolak mata atau disingkirkan daripada kejohanan jika penyokong mereka melontarkan kutukan berbaur perkauman, kata Viv Anderson.

    Anderson merupakan pemain kulit hitam pertama beraksi untuk England menempelak keputusan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang mengenakan denda 20,000 euro selepas penyokong mereka melontarkan kutukan berbaur perkauman terhadap pemain England Raheem Sterling dan Danny Rose ketika kelayakan Euro 2020, Mac lalu.

    Anderson merupakan tonggak Notthingham Forest ketika membantu kelab itu menjulang Liga Juara-Juara dua kali malah pernah beraksi bersama Manchester United dan Arsenal berkata perkauman tidak sepatutnya berada dalam komuniti bola sepak.

    “Jika dikenakan denda jutaan pound, tolak mata atau singkirkan pasukan, persatuan bola sepak akan sedar dan kita perlu melakukan sesuatu terhadap isu ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda