Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Hukuman lelaki asing rakam gambar budak diputus 9 Dis

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seorang lelaki Bangladesh berusia 43 tahun yang mengaku bersalah kelmarin atas pertuduhan mengambil gambar lucah budak perempuan berusia 12 tahun dan mencabul kehormatannya, akan mengetahui nasibnya pada 9 Disember depan.

Defendan yang identitinya dirahsiakan demi melindungi mangsa, melakukan kesalahan itu pada tahun lalu di dalam tandas awam Pasar Tani Selayun.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi memaklumkan mahkamah, gambar mangsa baru-baru ini tersebar di media sosial yang mendorong kepada siasatan polis dan membawa kepada penangkapan defendan.

Hakim Harnita Zelda Skinner selanjutnya mendengarkan daripada pihak pendakwaan bahawa defendan menyewa tempat di pasar itu untuk menjual sayur-sayuran.

Sekitar November 2020 pukul 2 petang, defendan menggunakan tandas awam lelaki di pasar berkenaan dan ternampak mangsa yang berpakaian sekolah berjalan menuju ke arah tandas awam wanita yang terletak berhampiran.

Defendan menghampiri mangsa untuk membawanya bergambar bersama di laluan antara tandas lelaki dan wanita.

Semasa mengambil gambar bersama mangsa, defendan turut menyentuh mangsa dan turut mencium pipinya.

Keesokan harinya, defendan melihat mangsa berdiri di laluan antara tandas lelaki dan wanita dan memberitahu mangsa bahawa dia mahu mengambil gambarnya lagi sebelum mengarahkan mangsa masuk ke tandas wanita dengan diikuti oleh defendan. Di dalam tandas, defendan menyuruh mangsa mengangkat bajunya yang mana defendan ambil gambarnya sebelum keduanya beredar pergi.

Pada hari ketiga, defendan pergi ke pasar itu bersama rakannya dan sekali lagi melihat mangsa menuju ke tandas awam dan mengekorinya dari belakang.

Mangsa menuju ke salah satu bahagian di dalam tandas berkenaan dan sebelum dia sempat menutup pintu, defendan menghampirinya dan memberitahu dia mahu mengambil gambar lagi.

Defendan mengarahkan mangsa untuk menanggalkan seluar dan kemudian mengambil gambar bahagian sulit mangsa sebelum keduanya keluar dari tandas secara berasingan.

Tindakan defendan hanya terungkai apabila gambar mangsa tersebar di Facebook, yang disiarkan oleh orang yang tidak dikenali pada 14 atau 15 November lalu yang akhirnya membawa kepada siasatan polis sekali gus mendedahkan identiti mangsa, budak berusia 12 tahun yang memiliki tahap IQ yang rendah.

Mangsa selalu berada di pasar itu kerana dijaga oleh ahli keluarganya yang juga peniaga pasar berkenaan.

Defendan ditangkap dan semasa siasatan, dia mengakui semua kesalahannya demi kepuasan seksual dan mengakui turut mengetahui kondisi budak itu yang tidak normal.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -