Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hukuman palsukan dokumen ditangguh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Mahkamah Majistret telah memerintahkan satu laporan kebajikan sosial dikeluarkan ke atas seorang wanita yang berdepan hukuman penjara dan denda berikutan sabitan kesalahan memalsukan dokumen imigresen.

    Memandangkan laporan itu masih belum selesai, Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman kelmarin telah menangguhkan hukuman terhadap Alina binti Mohd Ariffin, 48, kepada Mac depan.

    Alina, seorang wanita tempatan, menyerahkan dokumen palsu kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsan (JIPK).

    Perkara tersebut mulai terungkai daripada siasatan oleh Biro Mencegah Rasuah di mana Alina, selaku ejen bebas tanpa pekerjaan tetap, telah menyerahkan enam borang permohonan kepada kerani pendaftaran di Bahagian Kad Pengenalan  bagi memohon kad pengenalan hijau untuk warga Indonesia dan Filipina di mana maklumat yang diberikan telah dipalsukan.

    Mahkamah juga mendapati defendan tahu bahawa warga asing itu tidak pernah bekerja sebagai pemandu atau pembantu rumah, dan dia berniat untuk mengelirukan petugas di JIPK antara Januari 2008 hingga Jun 2009.

    Defendan pertama kali dihadapkan di mahkamah pada 4 Mei 2018, di mana dia mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan yang dihadapkan oleh Pendakwa raya, Shamshuddin Kamaluddin di bawah Seksyen 6(c), Bab 131 Akta Pencegahan Rasuah.

    Perbicaraan itu bermula pada 10 Oktober 2019, dengan pihak pendakwaan memanggil sembilan saksi.

    Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah atas empat pertuduhan, dan membebaskannya daripada dua pertuduhan.

    Pihak pendakwaan tidak dapat membawa saksi untuk memberi keterangan bagi kedua-dua pertuduhan itu kerana mereka telah meninggalkan Negara Brunei Darussalam.

    Walaupun hukuman yang ditetapkan iaitu penjara maksimum tujuh tahun dan denda $30,000, mahkamah menggunakan kuasa budi bicaranya untuk memberi pertimbangan terhadap kelayakan defendan untuk pemerhatian dan/atau perintah khidmat masyarakat.

    Sementara itu, mahkamah turut melanjutkan ikat jamin Alina.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...