Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Hukuman pencuri kereta, pecah rumah dikekalkan

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Mahkamah Rayuan pada 22 November lalu telah mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Perantaraan terhadap seorang pencuri, memetik penularan dan keseriusan kesalahan dan keputusan tepat mahkamah dalam menjatuhkan hukuman pencegahan.

    Awangku Haji Radiman bin Pengiran Rahman mengaku bersalah terhadap tiga dakwaan mencuri kereta dan memecah masuk untuk mencuri pada 20 Disember 2021.

    Mahkamah Perantaraan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan empat bulan berserta dua kali sebatan.

    Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan, Michael Peter Burrel, dibantu oleh hakim-hakim Michael Lunn dan Hakim Conrad Seagroatt, melihat kegiatan mencuri kereta yang berleluasa dan keseriusan kesalahan memecah masuk rumah, sementara menekankan rekod jenayah terdahulu perayu.

    Semua ini diambil kira oleh Mahkamah Rayuan seperti yang dinyatakan oleh mahkamah yang menjatuhkan hukuman, yang membawa kepada pengekalan hukuman.

    Pendakwa Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli mewakili pendakwa raya sebagai responden dalam rayuan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...