KAHERAH, 5 JULAI – Mahkamah Mesir kelmarin telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang penyelidik, Ahmed Samir, kerana telah menyebarkan berita palsu, menurut kenyataan kumpulan hak asasi.
Samir, bekas graduan di Universiti Central European di Vienna, ditahan pada Februari tahun lalu semasa melawat keluarganya di Mesir.
Hukuman tersebut diberikan dalam perbicaraan yang diadakan sekali lagi selepas dia dijatuhkan penjara selama empat tahun pada Jun tahun lalu kerana menyebarkan berita palsu melalui media sosial – tuduhan sering kali dilemparkan kepada penentang di Mesir.
Association for Freedom of Thought and Expression, salah sebuah kumpulan hak asasi Mesir mengecam hukuman penjara selama tiga tahun itu adalah tidak adil, menurut kenyataan yang ditulis dalam akaun Facebook mereka, kelmarin. Sementara itu, Institusi Pelajaran Hak Asasi Kaherah menekankan agar presiden membatalkan hukuman tersebut.
Pengarah Eksekutif Antarabangsa Amnesty di Austria, Annemarie Schlack berkata kes tersebut adalah salah satu contoh penyalahgunaan kuasa kerajaan di Mesir. Mesir menerima pelbagai kritikan mengenai rekod hak asasi kemanusiaan mereka, ketika kumpulan hak asasi berkata lebih kurang 60,000 tahanan politik ditangkap, kebanyakannya disumbat ke dalam penjara.
Salah seorang daripada tahanan tersebut, penentang kerajaan Britain-Mesir, Alaa Abdel Fattah, kes itu dibangkitkan dalam mesyuarat di London kelmarin oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Mesir, Sameh Shoukry dan Menteri Negara Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tuan Tariq Ahmad, tulis menteri United Kingdom dalam laman Twitter.
Pihak berkuasa akan melancarkan dialog kebangsaan minggu ini, dengan penyertaan parti-parti politik dan beberapa kumpulan atas arahan Presiden Abdel Fattah al-Sisi. – AFP