Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman ringan dikecam

    SYDNEY, 25 Jun – Seorang lelaki yang memukul enam ekor penguin hingga mati hanya dijatuhkan hukuman melakukan 49 jam khidmat masyarakat oleh mahkamah Australia hari ini, mencetuskan kemarahan penyokong pemuliharaan.

    Joshua Jeffrey disabitkan dengan kekejaman yang teruk kepada haiwan selepas dia memukul burung itu dengan kayu ketika mabuk di tepi pantai dengan dua orang yang lain di Sulfur Creek di negeri Tasmania pada tahun 2016.

    Majistret Tamara Jago memanggilnya sebagai ‘tindakan licik’ terhadap ‘penguin yang terdedah’ dan berkata Jeffery, 20, tidak menunjukkan penyesalan, menurut laporan Akhbar Hobart Mercury dari Mahkamah Majistret Burnie. Akhbar itu melaporkan bahawa Majistret Jago ‘mengambil keterlibatan intelektual’ Jeffrey ketika dia menjatuhkan hukuman kepadanya dengan khidmat masyarakat dan memerintahkan dia untuk membayar denda sebanyak AUS$82.15, dalam satu hukuman yang dilabel oleh Birdlife Tasmania sebagai hukuman yang ‘tidak menghalang apa-apa’.

    Peguam Jeffrey sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kliennya telah mengalami masalah kesihatan mental sejak kanak-kanak, penyiar kebangsaan ABC melaporkan. – AFP

    Gambar fail 20 Mac 2009 menunjukkan seekor penguin yang dilepaskan di pantai terbuka berhampiran Sydney. Penyokong pemuliharaan mengecam tindakan mahkamah yang hanya menjatuhkan hukuman 49 jam khidmat masyarakat kepada seorang lelaki yang menyebabkan kematian enam ekor penguin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda