Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hulk temui sasaran, namun SIPG terikat

    SHANGHAI, 28 Sept – Pemain penyerang dari Brazil, Hulk mencatatkan golnya yang kesembilan dalam Liga Juara-Juara Asia musim ini tetapi Shanghai SIPG gagal untuk memanfaatkan peluang mereka dalam perlawanan separuh akhir yang berkesudahan seri 1-1 menentang Urawa Red Diamonds semalam.

    Pasukan kendalian Andre Villas-Boas akan membuat perjalanan ke Jepun bagi perlawanan kedua pada 18 Oktober depan dalam perlawanan yang penting, tetapi mereka mungkin sudah memastikan kelebihan di pihak mereka.

    Namun ia adalah seperti yang kerap terjadi musim ini, Hulk adalah ancaman terbesar Shanghai, sementara bekas bintang Chelsea, Oscar hanya menggegarkan tiang gol.

    Bekas pengurus pasukan Chelsea dan Tottenham Hotspur, Villas-Boas berkata perlawanan tersebut ‘begitu terbuka’ biarpun melepaskan jaringan penting di gelanggang sendiri.

    “Saya memohon maaf mengecewakan media,” kata Villas-Boas selepas itu, suaranya jelas ironi, selepas seorang wartawan China berkata Shanghai dijangka akan menjaringkan lebih banyak gol berbanding hanya satu gol.

    Penyerang sensasi Shanghai SIPG, Hulk (10) ketika melakukan sepakan percuma ke gawang Urawa Red Diamonds dalam aksi Liga Juara-Juara Asia di Shanghai. Perlawanan separuh akhir pertama itu berkesudahan seri 1-1. – AFP

    “Kami memiliki 21 percubaan dan perlawanan adalah berbeza.

    “Sudah tentu kami merasa kecewa, tetapi perlawanan kedua adalah terbuka dan kami akan memastikan semua orang kembali bagi pemilihan perlawanan kedua, yang mana adalah bagus.

    “Mereka memiliki kelebihan jaringan luar tetapi kami adalah pasukan yang menjaringkan banyak gol yang kami harapkan untuk mampu menjaringkan gol di Jepun dan membatalkan jaringan gelanggang luar.”

    Tuan rumah mensia-siakan peluang pertama perlawanan itu apabila Hulk dan pemain penyerang senegara dari Brazil, Elkeson terlanggar sesama sendiri pada minit ke-10.

    Lima minit kemudian kedudukan menjadi 1-0 dan sekali lagi Hulk, penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara Asia, berada dalam senarai penjaring, melepaskan ledakan kaki kiri dari luar kotak penalti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda