Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hulur bantuan ringankan beban

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 1 Jun – Program berkebajikan mengagihkan sumbangan ke rumah-rumah mereka yang memerlukan bantuan terus giat dilakukan pada bulan Ramadan ini. Syarikat Rennah Services Sdn Bhd turut tidak ketinggalan mengadakan program serupa, di sini, hari ini.

    Bantuan berbentuk keperluan asasi dan pakaian telah disampaikan kepada tujuh buah keluarga di kawasan Kampung Sungai Teraban.

    Mengetuai rombongan bagi projek tersebut ialah pengarah syarikat itu, Dayang Masenah binti Haji Mohamad dan Alan Wong bersama beberapa orang pegawai dan kakitangan syarikat serta ahli keluarga.

    Sebuah keluarga yang turut menerima sumbangan daripada Syarikat Rennah Services Sdn Bhd.

    Aktiviti tahunan syarikat itu antara lain bertujuan untuk membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan bantuan, sekali gus dihasratkan dapat menggembirakan mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Projek pengagihan bantuan itu juga diteruskan lagi bagi penerima-penerima yang telah dikenal pasti di beberapa buah kawasan di Kampung Lumut 11, Kampung Pandan A, Kampung Labi 1 dan 2 dan Kampung Merangking serta Seria.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda