Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Hummels ledak dua gol Dortmund

    BERLIN, 17 SEPT – Mats Hummels menjaringkan gol pada setiap separuh masa ketika Borussia Dortmund bangkit pada minit akhir untuk menang 4-2 di tempat lawan di Freiburg, kelmarin.

    Hummels meletakkan Dortmund di hadapan lebih awal, tetapi pasukan itu sekali lagi kehilangan fokus secara kolektif, membolehkan Freiburg mendahului pada masa kecederaan separuh masa pertama dengan dua gol pantas.

    Donyell Malen memberi terlalu banyak ruang kepada pakar sepakan percuma Freiburg, Vincenzo Grifo, yang memasukkan bola ke dalam kotak, membenarkan Lucas Hoeler menanduk masuk buat pasukan tuan rumah.

    Hanya empat minit kemudian, pertahanan Dortmund sekali lagi kehilangan pantauan terhadap sepakan percuma, Nicolas Hoefler menanduk masuk untuk memberi pendahuluan kepada pasukannya.

    Malen menyamakan kedudukan pada pertengahan babak kedua hasil hantaran bijak penyerang Jerman, Niclas Fuellkrug.

    Dortmund kelihatan akan melepaskan mata untuk perlawanan ketiga berturut-turut sebelum penjaring gol Freiburg, Hoefler, dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki lapan minit, memberikan kelebihan buat pemain pelawat yang digunakan mereka sebaik mungkin.

    Hummels, sekali lagi menjaringkan gol ketika berbaki dua minit, sebelum Marco Reus menambah gol keempat untuk mengesahkan kemenangan, memberikan dorongan penting kepada pasukan menjelang kunjungan mereka ke Paris Saint-Germain pada Selasa. – AFP

    Reaksi Mats Hummels selepas menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di Freiburg, Jerman pada 16 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...