Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hun Haqeem beransur sembuh kerana peminat

    Beransur sembuh daripada kecederaan akibat terjatuh motosikal, Hun Haqeem mengaku beroleh kekuatan daripada semangat ahli kelab peminat, Huniverse FC yang baru ditubuhkan.

    Datang bertongkat dan terpaksa dipapah pada majlis ramah mesra pertama anjuran kelab terbabit di ibu negara, baru-baru ini, Hun terharu dengan kesungguhan peminat menubuhkan Huniverse FC serta menganjurkan acara santai.

    “Tengok mereka (peminat) membuatkan saya terharu dan hilang sakit.

    “Hajat dalam hati hendak sama bermain dalam acara diatur. Namun, saya hanya mampu duduk di kerusi.

    “Jika diikutkan, selepas kemalangan dan pembedahan pada tumit kaki, hendak berdiri pun susah. Tapi sekarang, saya sudah boleh berjalan perlahan-lahan,” katanya kepada media.

    Hun pernah terbabit dalam kemalangan motosikal ketika hendak pulang ke rumah selepas bermain futsal. – Agensi

    Pada 1 Mac lalu, Hun terbabit dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangi melanggar pembahagi jalan akibat terlelap, ketika pelakon drama Kampung People itu mahu pulang ke rumah selepas bermain futsal.

    Majlis ramah mesra yang dianjurkan di sebuah premis acara, dihadiri kira-kira 50 peminat yang turut menyambut hari jadi Hun yang ke-22, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

    Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy berkata, sudah lama dia mahu melakukan aktiviti riadah bersama peminat sejak berkecimpung dalam dunia seni, kira-kira setahun lalu.

    “Namun, kesibukan berlakon membataskan segala-galanya. Susah payah peminat datang dari Sarawak dan Pulau Pinang membuatkan saya kuat.

    “Penubuhan kelab peminat ini mula dicetuskan sejak beberapa bulan lalu ketika drama Kampung People mencetuskan sensasi dan diminati ramai,” katanya.

    Hun berkata, pelakon dan pengacara, Janna Nick turut menasihatkan dirinya menubuhkan kelab peminat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda