Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Hun Haqeem pemalu hingga tangguh niat jadi penyanyi

    Siapa sangka, selain berlakon, Hun Haqeem juga mempunyai hasrat menjadi seorang penyanyi dan ingin melancarkan lagu sendiri.

    Pernah dilamar untuk merakamkan lagu, Hun, 24, impian itu terpaksa dilupakan kerana sifat pemalu dalam dirinya untuk tampil sebagai penyanyi cukup menebal.

    Bagaimanapun, dia tidak mahu impian tersebut terkubur begitu sahaja malah sudah pun menyiapkan demo lagunya sendiri.

    “Saya sentiasa ada niat dan perancangan untuk mulakan kerjaya nyanyian, tetapi masih ada rasa malu-malu kucing. Sejak kecil saya dibesarkan dalam kalangan keluarga yang suka dengan muzik.

    “Ada komposer pernah lamar saya seperti Audi Mok dan saya juga ada cipta lagu sendiri.

    Hun masih ada rasa malu nak bergelar penyanyi. – Agensi

    Mungkin tahun depan akan lancarkan single pertama.

    “Untuk lagu pertama ini mungkin saya anggap sebagai hobi sahaja. Kalau ia dapat sambutan hangat mungkin saya akan lebih serius sebagai penyanyi,” katanya kepada wartawan.

    Seperti mana memulakan kerjaya seni dahulu, Hun akui gementar menerima reaksi peminat selepas dia melancarkan lagu itu nanti.

    Sedia menerima kecaman, Hun dalam masa sama akan berusaha memperbaiki teknik nyanyian dengan mengikuti kelas vokal sebelum lagu itu dilancarkan.

    “Tidak kisah dengan kecaman. Saya buat apa yang saya suka. Lagu itu sekadar berkongsi dengan peminat dan saya tak pernah letakkan diri sebagai seorang penyanyi berkredibiliti.

    “Kalau orang suka saya amatlah bersyukur, tetapi jika tidak saya akan cuba perbaiki. Kalau nak jadi penyanyi kenalah usaha keras sikit seperti mengikuti kelas vokal,” ujarnya.

    Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjayanya, Hun tampil dalam drama Hantu Raya Pergi Perang menerusi aplikasi Sooka.

    Dia juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan dan pernah bekerjasama dengan Kamal Adli menghasilkan drama Sihir.

    “Saya diberi peluang untuk menjadi pengarah bersama dalam drama Sihir sekitar November tahun lalu. Ia terjadi tanpa dirancang.

    “Saya sangat bertuah kerana dapat rasa pengalaman itu dalam usia muda,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...