Hun Sen akan adakan lawatan ke Myanmar awal Januari

PHNOM PENH, 7 DIS – Orang kuat Kemboja, Hun Sen akan berkunjung ke Myanmar untuk perbincangan pada Januari depan, jurucakapnya berkata hari ini, menjadi pemimpin antarabangsa pertama yang berkunjung ke negara itu sejak tentera merampas kuasa.

Hun Sen, yang telah memerintah Kemboja dengan kuku besi selama lebih tiga dekad, kelmarin berjanji untuk “bekerja bersama” junta Myanmar, sebalik usaha meluas antarabangsa untuk meningkatkan tekanan diplomatik ke atas tentera berkenaan.

Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin mengadakan pertemuan dengan Hun Sen di Phnom Penh hari ini, di mana dia secara rasmi menyampaikan jemputan. Eang Sophalleth, jurucakap bagi perdana menteri Kemboja, berkata bahawa lawatan itu dijadualkan pada 7 dan 8 Januari.

Jemputan berkenaan dibuat ketika Kemboja berusaha untuk membawa Myanmar kembali ke dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) selepas diketepikan oleh blok serantau itu. – Bernama