Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hun Sen: Gabenor wilayah mesti mahir internet

    PHNOM PENH, 28 MAC – Perdana Menteri paling lama memerintah Kemboja, Hun Sen mengisytiharkan hari ini bahawa beliau tidak akan melantik sesiapa pun menjadi gabenor wilayah jika mereka tidak berpengetahuan dalam penggunaan media sosial dan telefon pintar.

    Hun Sen, pengguna tegar Facebook semasa merasmikan sebuah hospital di Phnom Penh, mengatakan para pegawai mesti boleh menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Viber, LINE, Telegram, WeChat dan Zoom secara berkesan untuk tugasan mereka, seperti menganjurkan mesyuarat online.

    Hun Sen baru-baru ini mengatakan sudah membuat sebuah kumpulan WhatsApp dan Telegram agar dia boleh menggunakan telefonnya untuk menyelaras pelbagai kementerian kerajaan.

    Pemerintah berusia 69 tahun itu sudah memimpin Kemboja sejak menjadi perdana menteri pada 1985, yang ketika Internet masih belum lagi berkembang luas dan hanya tersedia bagi institusi akademik. – AP

    Hun Sen. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda