Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Hun Sen gesa bagi sesi penuh mengenai Myanmar

    PHNOM PENH, 18 JAN – Perdana Menteri Hun Sen telah menggesa Sekretariat ASEAN untuk mengadakan satu sesi penuh bagi memulakan tindakan kemanusiaan dalam membantu Myanmar, mencadangkan bahawa ia menyampaikan jemputan kepada tokoh-tokoh penting untuk menyertai dialog global ASEAN yang telah dirancang, yang akan memfo-kuskan usaha-usaha pemulihan pasca pandemik.

    Hun Sen membuat seruan itu semasa pertemuannya bersama Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi di Peace Palace, Phnom Penh, kelmarin, ketika lawatan lima hari setiausaha agung berkenaan ke negara itu dari 15 hingga 19 Januari. Kemboja adalah pengerusi ASEAN bagi 2022.

    “Mengenai situasi di Myanmar, Lim berkata bahawa beliau menyokong inisiatif Kemboja, terutamanya niatnya yang selaras dengan konsensus lima titik ASEAN,” Hun Sen berkata dalam satu post Facebook.

    Hun Sen juga memberitahu TYT Dato Paduka Lim Jock Hui bahawa Kemboja merancang untuk mengadakan dialog global ASEAN tahun ini seperti yang telah dilakukan negara itu pada 2012 apabila ia memegang kepengerusian ASEAN buat kali kedua.

    “Oleh itu, beliau (Hun Sen) meminta supaya setiausaha agung membantu pertubuhan bagi dialog berkenaan dengan menjemput tokoh-tokoh penting menyertainya, terutamanya berkaitan topik pemulihan pasca COVID-19,” menurut post berkenaan.

    Hun Sen dan setiausaha agung telah bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu di samping Myanmar, seperti tindak balas COVID-19, Declaration on the Conduct of Parties (DOC) Laut China Selatan, Outlook ASEN mengenai Indo-Pasifik, kemungkinan Timor Leste menjadi ahli ke-11 ASEAN dan topik-topik lain. – The Phnom Penh Post

    Perdana Menteri Hun Sen bertemu TYT Dato Paduka Lim Jock Hui di Phnom Penh, Kemboja pada 17 Januari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...