Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hunter, Collins bantu Hawks atasi Kings

    SACRAMENTO, CALIF., 5 JAN – De’Andre Hunter dan John Collins masing-masing menjaringkan 22 mata untuk membantu Atlanta Hawks menewaskan Sacramento Kings 120-117 kelmarin.

    “Rasanya hebat,” kata jurulatih Hawks, Nate McMillan. “Itulah yang kami bincangkan. Kami perlu merapatkan jurang dan melanjutkan permainan.”

    Collins juga merebut 12 rebounds ketika Atlanta bangkit selepas tewas 143-141 di Golden State baru-baru ini, manakala Trae Young dan Dejounte Murray masing-masing menyumbang 21 mata.

    “Ia adalah minggu yang panjang, tewas dalam empat perlawanan sebelum ini,” kata Murray.

    “Ini adalah NBA. Ia adalah musim yang panjang. Awda boleh menebus diri awda, kami menuju ke arah yang betul.”

    Aksi Aaron Holiday (kanan) dan Terence Davis semasa suku pertama perlawanan bola keranjang NBA di Sacramento, California, kelmarin. – AP

    The Hawks ketinggalan 117-113 dengan baki 1:16 perlawanan. Tetapi Young menyempurnakan layup, dan Murray melakukan dua lontaran percuma dan layup sebagai sebahagian daripada perlawanan akhir 7-0 untuk Atlanta.

    Fox mendahului Sacramento dengan 25 mata. Kevin Huerter melakukan empat 3-pointer untuk menyumbang 24 mata, dan Harrison Barnes menjaringkan 22 mata. Sabonis mempunyai 20 mata, 14 rebound dan lapan assist.

    The Kings mencatatkan 25 daripada 25 lontaran percuma sebelum Sabonis terlepas peluang pada minit akhir. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...