Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hup Wei mampu jadi jurulatih berwibawa

    KUALA LUMPUR, 28 MAC – Bekas jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei memiliki kriteria sebagai seorang jurulatih yang mampu melahirkan lebih ramai jagoan dalam acara itu, kata Ketua Jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil.

    Beliau berkata dengan pengalaman dan pengetahuan luas Hup Wei, juara Kejohanan Asia 2007 itu bukan sahaja berupaya membentuk atlet muda yang boleh mengikut jejak langkahnya, malah mampu mengatasi pencapaian yang pernah dilakar beliau.

    Malah, beliau berkata pengalaman Hup Wei beraksi dalam pelbagai pertandingan bermula dari peringkat sekolah hingga berjaya membuat penampilan di pentas Sukan Olimpik membuktikan beliau seorang atlet yang lengkap dan mampu menjadi contoh terbaik.

    “Saya yakin dan percaya Hup Wei adalah seorang legenda (lompat tinggi) dan mampu menjadi legenda dalam bidang kejurulatihan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

    Semalam, Hup Wei yang juga merupakan pemenang empat pingat emas Sukan SEA bermula edisi Korat 2007, Vientiane 2009, Jakarta-Palembang 2011 dan Manila 2019 mengumumkan persaraan selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga.

    Sepanjang kariernya bersama kem olahraga kebangsaan, atlet kelahiran Kajang itu yang memiliki rekod catatan lompatan terbaik peribadi 2.29 meter (m) telah membuat tiga penampilan di temasya Sukan Olimpik, iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020. – Bernama

    Lee Hup Wei (kiri) bersama jurulatih lompat tinggi Aleksandar Gasparyan ketika sidang media mengenai pengumuman persaraan Lee Hup Wei di Stadium Majlis Sukan Negara Bukit Jalil kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...