Hurikan Nana badai Belize

BANDAR GUATEMALA, 3 SEPT – Negara-negara Amerika Tengah sedang bersedia untuk menghadapi Hurikan Nana, yang melanda pantai Belize pada awal pagi ini.

Nana, yang baru-baru ini dipertingkatkan daripada ribut tropika, telah mendarat di antara Dangripa dan Placencia, ke arah pertengahan pinggir laut Belize, kira-kira 60 kilometer dari selatan Bandar Belize, kata Pusat Hurikan Negara selepas tengah malam waktu Belize.

Ia bergerak ke barat pada 25 kilometer sejam, dengan kelajuan angin maksimum 120 kilometer sejam, menurut pusat.

Angin kencang dan hujan telah pun membadai pusat tarikan pelancong Honduras di Islas de la Bahia, mencetuskan banjir di sana dan kawasan lain dalam negara.

Ribut juga mengancam mengakibat kerosakan teruk di Guatemala, El Salvador dan seluruh Honduras, menurut pertubuhan perlindungan awam, yang melancarkan langkah-langkah pencegahan.

Di Belize, Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Nasional (NEMO) memberi amaran bahawa ribut ‘juga menghasilkan hujan 4 hingga 8 inci dengan 10 inci di selatan dan tengah Belize yang mungkin mencetuskan banjir kilat dan runtuhan tanah.” – AFP