Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

Hurikan Nicole mendarat di Florida

MIAMI, 10 NOV – Hurikan Nicole mendarat awal hari ini di sepanjang pantai timur Florida.

Ribut itu membadai sebahagian besar negeri Amerika Syarikat (AS) dengan angin kencang, ombak tinggi dan hujan lebat.

Hurikan luar biasa pada November telah mendorong pegawai menutup lapangan terbang dan taman tema selain mengarahkan pemindahan temasuk kelab Mar-a-Lago milik bekas Presiden Donald Trump.

Pihak berkuasa mengingatkan ombak besar akibat ribut Nicole mungkin menghakis seterusnya kebanyakan pantai yang dilanda Hurikan Ian pada September. Ribut kuat itu diramalkan menuju ke Georgia dan Carolina pada lewat hari ini dan esok, sambil menurunkan hujan lebat di seluruh rantau.

Nicole ialah ribut Kategori 1, dengan angin maksimum pada kelajuan 120 kilometer sejam awal hari ini, kata Pusat Hurikan Kebangsaan AS. Disney World dan Universal Orlando Resort mengumumkan mereka tidak akan dibuka seperti dijadual hari ini.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach dan Lapangan Terbang Antarabangsa Daytona Beach berkata ia akan menggantung operasi. Pegawai berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami mengalami penangguhan dan pembatalan penerbangan tetapi kedua-duanya masih dibuka.

Hampir puluhan buah sekolah ditutup dan 15 pusat perlindungan telah dibuka di pantai timur Florida, kata gabenor. Manakala 45 daripada 67 kawasan Florida diletak di bawah keadaan darurat. – AP

Ombak menghempas pinggir laut di Jensen Beach Causeway, ketika Hurikan Nicole diramal mendarat di Pantai Jensen, Florida pada 9 November 2022. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -