Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hurkacz julang piala halle

    HALLE WESTFALLEN, JERMAN, 20 JUN – Pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev menjerit kepada jurulatihnya semasa perlawanan berlangsung sebelum tewas buat kali kedua dalam perlawanan akhir ketika menentang Hubert Hurkacz dari Poland dengan keputusan 6-1, 6-4 di Halle, kelmarin.

    Perlawanan tersebut berlangsung selama 64 minit.

    Kekalahan itu adalah kali kedua berturut-turut dalam pusingan akhir untuk pemain Rusia tersebut, ketika dia kalah dengan straight set kepada Tim van Rijthoven pada Ahad lalu di ‘s-Hertogenbosch.

    Pada permulaan set kedua yang berlangsung kelmarin, Medvedev menjerit dengan marah kepada jurulatihnya, Gilles Cervara, yang bangun dari tempat duduknya dengan serta-merta dan meninggalkan stadium tersebut.

    Selepas perlawanan berakhir, Medvedev memohon maaf kepada penonton kerana tidak berjaya membuat perlawanan berkenaan lebih menarik dan mengakui bahawa perlawanan pada minggu lalu itu bukanlah perlawanan yang mudah.

    Hubert Hurkacz meraikan kemenangannya sambil menjulang trofi selepas menewaskan Daniil Medvedev dalam kejohanan Terbuka Halle ATP 500 di Halle, Jerman. – AFP

    Hurkacz meraih kejohanan kelima dalam kerjayanya, tetapi kejohanan pertama yang diraihnya adalah ketika mara ke separuh akhir pada kejohanan Wimbledon pada tahun lalu.

    “Daniil adalah pemain terbaik di dunia menjadikan ia perlawanan yang sukar untuk menewaskannya,” kata Hurkacz.

    “Semua pukulan yang dibuat berpihak kepada saya pada awal perlawanan, jadi saya berupaya mendapatkan rentak permainan yang baik dari semua itu,” katanya lagi.

    Sementara itu, dalam perjalanannya menuju ke perlawanan akhir di Halle, pemain berusia 25 tahun itu berjaya menewaskan Nick Kyrgios dalam tiga set perlawanan sebelum mengatasi Medvedev.

    Selain daripada itu, beberapa pembangkang membuat kekecohan kelmarin apabila mereka meluru masuk ke dalam gelanggang sebelum diusir keluar dari stadium oleh pegawai keselamatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...