Hurkacz julang Poland ke separuh akhir Piala ATP

SYDNEY, 5 JAN – Pemain nombor sembilan dunia, Hubert Hurkacz yang telah menjulang Poland ke peringkat separuh akhir Piala ATP hari ini, mengalahkan pemain Argentina, Diego Schwartzman untuk memastikan negaranya menjadi yang pertama menempah tempat di kedudukan empat terakhir.

Kedua-dua negara mencatat keputusan seri dalam Kumpulan D, memenangi pertemuannya dengan Greece dan Georgia, menjadikan perlawanan mereka sebagai persaingan winner-takes-all.

Pemain nombor ke-117 dunia dari Poland, Kamil Majchrzak telah mrnghadiahkan pasukannya dengan kemenangan penuh gaya 6-3, 7-6 (7/3) menentang Federico Delbonis, yang menduduki kedudukan ke-73 lebih tinggi.

Itu menyebabkan juara Terbuka Miami 2021, Hurkacz perlu menewaskan pemain kedudukan ke-13, Schwartzman, dan dia melakukannya dengan bergaya, berlumba untuk menang 6-1,6-4 dalam masa 81 minit.

“Sangat gembira untuk Pasukan Poland, kami berada di separuh akhir dan bangga dengan pencapaian itu,” kata Hurkacz yang telah menewaskan 12 pemain handal dan kemenangan sebanyak 85 peratus pada first-serve points.

“Kami adalah pasukan yang hebat, mempunyai semangat tingi dan menyokong antara satu sama lain dan saya berfikir dengan persekitaran itu yang membantu kami bermain dengan lebih baik.”

Ia adalah satu kemenangan kukuh untuk Hurkacz selepas kerjaya terbaik 2021nya merangkul tiga gelaran Jelajah ATP, semasa pemanasan badan untuk Terbuka Australia yang bermula pada 17 Januari. Schwartzman mengejutkan pemain nombor empat dunia, Stefanos Tsitsipas pada hari Isnin.

Majchrzak telah menjadi pemain perseorangan kedua yang lebih cekap, menikmati salah satu minggu terbaik dalam kariernya dengan tiga kemenangan berturut-turut.

“Ia berkait rapat dengan emosi dan perlawanan besar dengan Federico. Ia adalah perlawanan yang sangat sukar dari permulaan sehingga penghujungnya,” katanya. – AFP

Hubert Hurkacz dari Poland memberi reaksi apabila memenangi perlawanan menentang Diego Schwartzman dari Argentina semasa perlawanan mereka di kejohanan tenis Piala ATP di Sydney hari ini. – AP