WASHINGTON, 4 OGOS – Seorang lelaki Utah ditahan minggu ini selepas dia mencetuskan kebakaran ketika cuba untuk membunuh labah-labah menggunakan pemetik api, kata pejabat syerif tempatan.
Cory Martin yang berusia 26 tahun ‘ditemui di lokasi kebakaran bermula dan memberitahu polis dia cuba membunuh labah-labah menggunakan pemetik api dan berlakulah proses bermulanya kebakaran,” kata pejabat Syerif Daerah Utah dalam catatan Facebook.
Negeri AS berada dalam cengkaman kemarau teruk sebahagiannya diburukkan oleh perubahan iklim.
Kebakaran, yang tercetus pada Selasa dekat bandar Springville, satu jam perjalanan dari ibu negeri Salt Lake City, meliputi 60 ekar dan 90 peratus berjaya dikawal kelmarin, menurut Info Bomba Utah.
Martin, 26, telah dihukum ‘kerana membakar secara melulu, kesalahan kecil kelas A, memiliki ganja dan peralatan dadah, kedua-dua kesalahan kecil kelas B,” kata pejabat syerif, sambil menambah dia telah diikat jamin. – AFP