Hutang Britain melebihi 2 trilion pound

LONDON, 21 OGOS – Hutang kerajaan Britain melebihi 2 trilion pound untuk kali pertama berikutan pinjaman besar negara apabila pandemik koronavirus mendesak ekonomi UK dalam kemeseletan teruk, data rasmi menunjukkan hari ini.

Pada akhir Julai, jumlah hutang terkumpul mencecah 2.004 trilion pound, kata Pejabat Statistik Nasional (ONS) dalam satu kenyataan.

Ia bersamaan dengan lebih 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar tahunan, atau jumlah pengeluaran ekonomi, untuk kali pertama sejak 1961.

Hutang meningkat sebanyak 227.6 bilion pound berbanding dengan Julai 2019, mencerminkan pertambahan besar dalam pinjaman yang diperlukan untuk mengatasi pandemik.

“Krisis ini telah membebankan kewangan awam tatkala kami melihat kesannya ke atas ekonomi kami dan mengambil tindakan untuk menyokong jutaan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian,” kata menteri kewangan Rishi Sunak. – AFP

Seorang wanita berjalan di depan tanda jualan di tingkap kedai di Oxford Street di London. Hutang kerajaan Britain mencecah 2 trilion pound untuk kali pertama, menurut data rasmi yang dikeluarkan kelmarin. – AP