Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Hyeri terharu Jang Ki Yong hantar coffee truck

    Sedang berkhidmat dalam tentera, pelakon Jang Ki Yong tetap mencari masa untuk membuat kejutan kepada aktres dan ahli kumpulan Girl’s Day iaitu Hyeri.

    Menerusi laman Instagram, Hyeri mengucapkan terima kasih kepada Jang Ki Yong yang menghantar ‘coffee truck’ di set penggambaran drama terbaharunya.

    “Saya menikmati minuman kopi yang dihantar oleh orang tua (Jang Ki Yong). Keadaan agak gila untuk awak sekarang tapi tetap awak ambil berat tentang saya.

    “Saya sangat terharu. Seperti yang dijangka Jang Ki Yong… awak sangat kool, kacak, terbaik. Saya akan lakukan yang terbaik untuk selesaikan penggambaran.

    “Terima kasih sangat,” tulis Hyeri di kapsyen perkongsiannya itu.

    Hyeri dan Jang Ki Yong mula berkawan baik selepas mereka digandingkan dalam drama siri popular My Roomate is Gumiho. – Agensi

    Hyeri dan Jang Ki Yong mula rapat sejak bergandingan dalam drama My Roomate is Gumiho. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...