VIRGIN Hyperloop One sekali lagi mencipta sejarah minggu ini, selepas menetapkan rekod kelajuan terbaru dengan sistem perjalanan futuristiknya.
Firma itu berjaya menyelesaikan ujian fasa ketiga di trek DevLoop di Nevada, di mana pod Hyperloopnya mampu mencapai kelajuan yang mengagumkan iaitu sekitar 240mph (387 km/jam).
Walaupun ini hanyalah suatu pencapaian yang kecil daripada matlamat firma itu untuk mencapai kelajuan sehingga 670mph (1,000 kilometer/jam) menjelang 2021, tetapi ia pasti satu langkah ke arah yang betul.
Pengasas Virgin, Richard Branson juga telah dilantik sebagai Pengerusi bukan eksekutif Virgin Hyperloop One.
Hyperloop adalah kaedah perjalanan yang dicadangkan akan membawa para penumpang pada kelajuan yang cepat di antara lokasi yang jauh.
Ideanya mula dilancarkan oleh ketua Tesla Elon Musk pada bulan Ogos 2013, yang melancarkan pelan secara percuma.
Beliau tidak dikaitkan dengan Hyperloop One, tetapi telah menggesa pihak yang berminat untuk membangunkan teknologi itu. Ujian fasa ketiga, Virgin Hyperloop One berlangsung pada 15 Disember di trek DevLoop di Nevada.
Firma itu menetapkan rekod kelajuan ujian hampir 240mph (387 kilometer/jam), dan menguji ruang udara baru yang membantu peralihan pod ujian antara keadaan atmosfera dan vakum.
Sebagai perbandingan, kereta Fuxing baru China, yang merupakan yang terpantas di dunia, kini boleh bergerak pada kelajuan 217mph (350 km/ jam).
Ujian ini dijalankan di dalam tiub bertekanan udara setara yang dialami pada 200,000 kaki di atas paras laut.
Josh Giegel, pengasas bersama dan CTO di Virgin Hyperloop One, berkata: “Pengujian fasa baru-baru ini terus membuktikan perpaduan dan kerjasama pasukan kami DevLoop yang kini memiliki hampir 200 jurutera, mesin, pengimpal dan pembuat fabrikasi yang bekerjasama dengan membuat Hyperloop menjadi realiti hari ini.