Hyun Bin dipilih sebagai duta global

Menurut Soompi, Agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment mengesahkan bahawa pelakon itu telah dipilih sebagai duta global untuk jenama jam tangan mewah dari Switzerland iaitu OMEGA.

OMEGA adalah sebuah jenama jam tangan mewah yang terkenal dari Switzerland kerana penghasilannya yang berkualiti tinggi. OMEGA juga adalah sebuah jenama premium dan mempunyai reputasi dalam menghasilkan jam tangan mewah terbaik di dunia.

Hyun Bin juga menyertai rakan duta OMEGA dari seluruh dunia, termasuklah bintang Hollywood George Clooney, Nicole Kidman, Daniel Craig, dan Eddie Redmayne.

Dalam foto yang dikeluarkan oleh OMEGA, Hyun Bin kelihatan sangat memikat dengan pandangan mendalam dan sangat berkarisma.

Ketua Pegawai Eksekutif OMEGA, Raynald Aeschlimann menyatakan bahawa Hyun Bin memiliki kemahiran yang luar biasa dan membolehkannya dengan berani dan yakin untuk menggambarkan watak yang dia mahukan.

Beliau turut menyatakan bahawa kecemerlangan dan perincian yang baik dalam kerjaya Hyun Bin adalah nilai persamaan yang sama OMEGA ingin kongsikan. Pihak OMEGA juga yakin bahawa Hyun Bin dapat bekerja dengan jam tangan OMEGA yang sempurna dan hebat.

Hyun Bin yang pernah menjadi trending apabila membintangi dalam drama Crash Landing On You telah terbang ke Jordan untuk filem aksinya yang akan datang berjudul Bargaining. – Agensi

VAST Entertainment mengesahkan bahawa Hyun Bin telah dipilih sebagai duta global untuk jenama jam tangan mewah dari Switzerland iaitu OMEGA. – Agensi