Hyun Bin tiada laman sosial

Agensi VAST Entertainment tampil mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima banyak laporan mengenai akaun palsu yang menyamar sebagai artis di bawah naungan mereka iaitu pelakon Hyun Bin.

Menerusi akaun Instagram rasmi VAST Entertaiment, pihak mereka menegaskan bahawa Hyun Bin tidak mempunyai sebarang akaun peribadi laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook.

“Kami menerima banyak laporan mengenai akaun palsu yang menyamar sebagai artis di bawah pengurusan syarikat kami. Kami masih tidak membuka sebarang akaun laman sosial selain akaun rasmi yang disenaraikan.

“Selain itu, Hyun Bin juga tidak mempunyai akaun peribadi laman sosial. Kami meminta peminat untuk memperhatikan perkara itu dan melindungi diri anda daripada sebarang penipuan. – Agensi

VAST Entertaiment menegaskan bahawa Hyun Bin tidak mempunyai sebarang akaun peribadi laman sosial. – Agensi