Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hyun Woo rehatkan seni lakonan

    PELAKON Lee Hyun Woo yang popular menerusi drama bersiri The Liar and His Lover mengambil keputusan meninggalkan kariernya dalam bidang seni ketika namanya berada di puncak.

    Bagaimanapun Hyun Woo, 24, hanya berehat selama dua tahun kerana dia perlu menyertai latihan ketenteraan yang dilaporkan bermula pada Februari 2018.

    Keputusan itu dibuat selepas dia dinasihatkan agar tidak melengahkan lagi latihan ketenteraan memandangkan usianya masih muda.

    Ini kerana ramai selebriti di Korea Selatan kebiasaannya menunggu sehingga saat-saat akhir untuk menyelesaikan latihan itu.

    “Dia lebih rela menyelesaikan latihan ketenteraan itu sekarang daripada kemudian tanpa perlu memikirnya pada masa hadapan,” kata sumber seperti dipetik dari laporan Koreaboo.

    Hyun Woo bakal merehatkan dirinya dari sebarang aktiviti lakonan selama dua tahun.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda