Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    HyunA dan DAWN putus selepas 7 tahun bercinta

    Pasangan popular Korea, HyunA dan DAWN mengumumkan sudah berpisah selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

    Hyuna, 30, bagaimanapun memberitahu dia dan DAWN masih kekal bersahabat baik dan menjadi rakan sekerja.

    “Kami sudah putus. Kami memutuskan untuk kekal menjadi sahabat dan rakan sekerja yang baik mulai sekarang,” katanya. HyunA memberitahu perkara itu menerusi perkongsiannya di Instagram. Dalam pada itu, pelantun suara Trouble Maker itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong perhubungan mereka.

    “Terima kasih atas sokongan awda kerana sentiasa ingin melihat kami bahagia,” ujarnya.

    Pengumuman ini mengejutkan ramai peminat kerana HyunA dan DAWN baharu sahaja mengikat tali pertunangan pada Februari lalu. Rata-rata peminat kecewa mendengar berita tentang hubungan mereka yang telah disahkan berpisah oleh penyanyi itu sendiri.

    “Selepas ini, saya tidak percaya bahawa cinta itu wujud di dunia ini.

    “Kita harus hormat keputusan mereka. Kami sayang kamu.

    “Saya turut berduka cita mendengar khabar ini. Diharap kamu berdua baik-baik sahaja,” tulis warganet. – Agensi

    HyunA dan DAWN kini sudah berpisah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...