Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Hyundai bakal bina kilang AS$7b di AS

    ATLANTA, 13 MEI – Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai Motor Group dijangka mengumumkan pada minggu depan bahawa ia akan membina sebuah kilang kenderaan elektrik berdekatan Savannah, Georgia.

    Hyundai akan memuktamadkan rancangan berkenaan apabila Presiden Joe Biden berkunjung ke Korea Selatan pada minggu depan sebagai sebahagian daripada lawatan pertamanya ke Asia semasa menyandang jawatan sebagai presiden.

    Rumah Putih dan Hyundai telah mengadakan perbincangan mengenai projek itu, yang dijangka mewujudkan ribuan pekerjaan baharu di Georgia, dan pengumuman formal mungkin dibuat semasa lawatan Biden yang dijadualkan pada 20-21 Mei, menurut pegawai yang tidak dibenarkan memberi komen dan bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan.

    Bagaimanapun, pegawai itu menekankan butir-butir pengumuman formal masih dalam perbincangan.

    Kilang itu mungkin menggaji 8,500 pekerja dan akan dibina di tapak seluas 890 hektar milik kerajaan tempatan berdekatan perkampungan Ellabell, Georgia, kata dua orang yang terbabit dalam rundingan Georgia dengan Hyundai.

    Menurut pegawai itu lagi, Hyundai akan melabur lebih daripada AS$7 bilion dan juga mungkin membangunkan beberapa buah kereta menggunakan enjin gasolin di tapak berkenaan, dengan pengumuman dijangka dikeluarkan pada 20 Mei di Georgia.

    Ia akan menjadi kilang kenderaan elektrik kedua yang diumumkan di Georgia dalam masa kurang setahun. Rivian Automotive pada Disember lalu mengumumkan bahawa ia akan membina kilang trak elektrik bernilai AS$5 bilion yang terletak kira-kira 70 kilometer dari timur Atlanta.

    “Kumpulan Motor Hyundai komited untuk melaksanakan program elektrifikasi di AS,” kata jurucakap Michelle Tinson. “Kami akan mengumumkan lokasi kilang elektrik baharu kami di AS tidak lama lagi.” – AP

    Gabenor Brian Kemp berdiri bersebelahan trak elektrik Rivian ketika mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang bernilai AS$5 bilion di Atlanta. Pegawai Georgia bakal mengumumkan kilang kenderaan elektrik kedua bakal dibina Hyundai berdekatan Savannah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...