Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hyundai Creta serba baharu dilancar

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Izah Azahari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Kenderaan SUV Hyundai Creta serba baharu secara rasmi memasuki pasaran dengan majlis pelancarannya yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity, kelmarin.

    Pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin dan Pengurus Jualan, Awang Fadhillah bin Sulaiman.

    Hyundai Creta adalah SUV lima penumpang bersaiz sederhana yang menawarkan gabungan keselesaan dan kemudahan.

    Creta didatangkan dengan smartstream G1.5 MPI sebaris empat silinder yang menjana 115PS dengan 105lb tork dengan transmisi automatik IVT enam kelajuan.

    SUV itu juga mempunyai Parametric Jewel Hidden DRL yang menyepadukan sepenuhnya gril dan lampu.

    Ia turut disokong lampu belakang jenis Boomerang dan lampu henti dipasang tinggi (HMSL), yang merupakan gabungan tepat untuk penampilan luaran yang futuristik.

    Sementara itu, bahagian dalamannya dilengkapi dengan teknologi baharu seperti sistem bunyi premium Bose, kluster meter LCD TFT penuh 10.25 inci, audio paparan lapan inci dengan penyepaduan telefon pintar, pengecas telefon pintar tanpa wayar, tempat duduk berventilasi, dan brek letak kereta elektronik dengan pegangan automatik.

    Pelancaran Hyundai Creta baharu telah diadakan di OneCity baru-baru ini.
    Pengunjung melihat lebih dekat Hyundai Creta yang baru sahaja dilancarkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...