Tuesday, November 5, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hyundai Motor bakal bina kilang EV khas di Korea S

    SEOUL, 13 NOV – Hyundai Motor, pengeluar kereta terbesar Korea Selatan, hari ini berkata bahawa ia akan membina kilang khusus untuk pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di tanah airnya dalam usaha untuk memulakan pengeluaran besar-besaran pada 2026.

    Hyundai telah mengadakan majlis pecah tanah pada awal hari untuk kilang khusus EV baharu di Ulsan, kira-kira 300km di tenggara Seoul.

    Syarikat itu akan melabur kira-kira AS$1.5 bilion dalam kilang EV seluas 548,000 meter persegi dengan kapasiti untuk mengeluarkan 200,000 EV setahun.

    Ia menyasarkan untuk melancarkan pengeluaran besar-besaran pada suku pertama 2026, menandakan pembinaan kilang pertama pengeluar kereta itu di tanah airnya dalam hampir 30 tahun.

    Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik daripada Genesis, jenama mewah Hyundai, akan menjadi model pertama yang akan dikeluarkan di kilang baharu itu, kata pengeluar kereta itu.

    “Kilang khusus EV baharu di Ulsan ini adalah permulaan masa depan yang menjanjikan untuk 50 tahun akan datang dan era elektrifikasi,” kata Chung Eui-sun, pengerusi eksekutif Kumpulan Hyundai Motor. – Xinhua

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda