Hyundai Motors catat keuntungan

SEOUL, 22 JULAI – Pembuat kereta terbesar Korea Selatan, Hyundai Motor menyaksikan keuntungan bersih meningkat hampir sesuku dalam April-Jun, dipacu oleh kenderaan utiliti sukannya (SUV) dan mata wang won yang lemah.

Keuntungan bersih semasa tempoh tersebut meningkat 23.3 peratus dari tahun-ke-tahun kepada 999 bilion won (AS$847 juta), menurut firma itu dalam satu kenyataan, mengekalkan peningkatan pendapatannya daripada tiga bulan pertama tahun ini. Catatan pada Januari-Mac menandakan satu pemulihan bagi Hyundai selepas ia mengalami kerugian suku pertama dalam lapan tahun. Peningkatan terkini itu ‘dipacu oleh produk diperbaharui digabungkan dengan model-model SUV baharu’ dan ‘berlaku di sebalik ‘pertumbuhan ekonomi global yang perlahan’ kerana perbalahan perdagangan China-AS, menurut syarikat tersebut.

Impak mata wang lemah Korea Selatan, won juga menyumbang kepada pemulihan, tambahnya.

“Syarikat akan terus memperkemas pengeluaran, jualan dan keupayaan lainnya di ibu pejabat serantaunya bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan lebih baik,” menambah bahawa ia akan mengeluarkan barisan SUV pertama model Genesis hujung tahun ini untuk meneruskan ‘jualan bertumpukan SUV.’ – AFP