Hyundai ramal jualan 2017 mencapai 8.25 juta unit

SEOUL, 2 Jan – Pengeluar automobil terbesar Koera Utara Hyundai Motor dan syarikat gabungannya, Kia telah meramalkan jualan 8.25 juta buah kenderaan tahun ini di tengah harapan bahawa kilang-kilang baru akan menjadi pasaran berkembang.

Jualan yang diramalkan bagi tahun 2017 menandakan sedikit peningkatan dari sasaran tahun sebelumnya, 8.13 juta, pengerusi kumpulan Hyundai Motor, Chung Mong-Koo berkata dalam mesej e-mel Tahun Baru kepada para kakitangan hari ini.

Hyundai yang bersama-sama Kia membentuk kumpulan pengeluar automobil kelima terbesar di dunia telah menyaksikan keuntungan jatuh selama beberapa tahun di tengah permintaan perlahan di pasaran utamanya, China dan nilai kukuh won yang menjejaskan persaingannya di luar Negara.

Sasaran jualan tahunan kumpulan itu tersasar bagi tahun kedua berturut-turut tahun lalu apabila mogok besar oleh para pekerja Korea Selatan menjejaskan pengeluaran.

Hyundai-Kia bersama-sama menjual lebih sedikit 7 juta unit dari Januari hingga November pada tahun lalu, 2016.

Gambar fail pada 9 Disember 2015 menunjukkan pengerusi kumpulan Hyundai Motor, Chung Mong-koo menghadiri pelancaran sidang akhbar EQ900, model baru Genesis di Seoul, Korea Selatan. Menurut beliau, jualan yang diramalkan bagi tahun 2017 menandakan sedikit peningkatan dari sasaran tahun sebelumnya, 8.13 juta. – AP

Pengeluar automobil terbesar Korea Utara Hyundai Motor dan syarikat gabungannya, Kia telah meramalkan jualan 8.25 juta buah kenderaan tahun ini di tengah harapan bahawa kilang-kilang baru akan menjadi pasaran berkembang. – AFP

Namun ia berharap mengubah keadaan dengan sebuah kilang baru akan dibuka di Chongqing, China dan pelancaran kenderaan baru.

Chang berkata “Kita seharusnya mengukuhkan rangkaian pengeluaran di kalangan 35 kilang di 10 buah negara termasuklah kilang Chongqing yang akan dibuka tahun ini.”

“Kita akan juga mengukuhkan barisan produk dalam kereta mewah dan mesra alam dan memperkenalkan lebih 10 buah kenderaan baru tahun ini,” tambahnya lagi.

Model-model baru, termasuklah kenderaan utiliti sport popular di China, akan juga dikeluarkan di kilang yang baru dibuka di Changzhou di China dan Mexico, menurut kumpulan itu.

Kilang Chongqing, kilang kelima Hyundai di China, bermatlamat mengeksploitasi rantau tengah barat yang pesat berkembang di negara itu, pasaran auto terbesar di dunia. – AFP